Thursday, September 3, 2009

kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga binatang ternakan di ladang yang luas.Sebaliknya,lebih daripada itu,menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan sendirian.Namun begitu,manusia tidak menjalankan tanggungjawab mereka.Oleh itu,pelbagai isu alam sekitar telah muncul. Isu-isu ini termasuklah pencemaran udara,air,tanih dan sebagainya.

Pencemaran udara menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit lelah, kanser, sakit jantung dan lain-lain. Penyakit-penyakit ini membawa ketidakselesaan kepada manusia dan seterusnya menjejaskan aktiviti harian kita. Selain itu, jerebu yang juga merupakan pencemaran udara menjejaskan penglihatan kita.

Pencemaran tanih menyebabkan hakisan tanih. Kesuburan tanah juga akan terjejas akibat penggunaan baja kimia. Seterusnya menjejaskan hasil pertanian. Secara tidak langsung, pencemaran tanih akan mengganggu keseimbangan sistem ekologi.

Pencemaran air seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai boleh mengancam nyawa kehidupan akuatik. Semua kehidupan akan hilang punca mendapatkan air minuman yang bersih. Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi kotor dan busuk. Akibatnya, penyakit seperti demam kepialu dan taun yang merebak melalui air yang tercemar digalakkan.

Kesimpulannya, kita haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar berlaku lagi.