Friday, September 25, 2009

Mengapakah Penduduk Di Negara Ini
Tidak Mempedulikan Kewujudan Badan Kebajikan?
Di negara kita terdapat banyak badan kebajikan atau dikenal juga sebagai sukarela. Sesuai dengan namanya, iaitu badan sukarela, maka anggotanya melakukan pelbagai aktiviti secaara sukarela. Lazimnya sesebuah badan sukarela memainkan peranan dalam sesuatu bidang yang khusus seperti menjalankan aktiviti yang bertujuan menjaga kepentingan pangguna di negara ini. Masalah yang timbul kini ialah mengapakah orang ramai tidak begitu berminat untuk menyertai pelbagai badan kebajikan yang terdapat di negara ini?
Sejak kebelakangan ini semakin banyak anggota masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri. Bagi golongan ini, apa sahaja tindakan yang akan diambil mestilah mengambil kira kepentingan diri mereka. Jika sesuatu aktiviti ini mengganggu kepentingan mereka, mereka tidak akan melakukannya. Misalnya, mereka tidak mahu mengganggu waktu berehat, makan angin, atau membeli-belah semata-matanya untuk melibatkan diri dalam kerja kebajikan walaupun dia tahu kerja kebajikan itu sangat baik. Mereka sedar bahawa menyertai kegiatan gotong-royong untuk membantu warga tua perbuatan yang mulia tetapi mereka enggan mengorbankan masa senggang mereka semata-mata untuk menyertai kegiatan kebajikan itu.
Kebanyakan orang zaman sekarang sangat mementingkan keuntungan dalam hidup mereka. Dalam apa-apa juga tindakan yang diambil, perkiraan utama golongan ini adalah keuntungan yang bakal diperoleh. Sekiranya tindakan itu tidak memberi sebarang keuntungan peribadi, mereka enggan melibatkan diri. Dalam hubungan ini, sudah tentulah mereka tidak akan menyertai kegiatan sukarela yang dianjurkan oleh pelbagai badan kebajikan kerana kegiatan ini tidak membawa sebarang keuntungan peribadi. Malah, orang yang melibatkan diri dalam kegiatan itu selalunya akan mengorbankan sebahagian wang mereka di samping mengorbankan tenaga dan masa.
Orang zaman sekarang terlalu sibuk bekerja untuk mengumpulkan wang bagi menyediakan perbelanjaan hidup diri sendiri dan keluarga yang terus meningkat. Orang-orang dalam golongan ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyertai kegiatan kebajikan tetapi tuntutan hidup memerlukan mereka menggunakan sebahagian besar waktu merekauntuk bekerja tidak kira siang atau malam. Akibatnya, mereka tiada masa untuk menyertai sebarang kegiatan sukarela anjuran pelbagai badan kebajikan. Misalnya, mereka bekerja kuat sepanjang hari atau sesetengahnya terpaksa meninggalkan keluarga dan balik pada hujung minggu. Pada hujung minggu itulah mereka mahu bersama dengan keluarga.Oleh sebab itu, jika badan-badan kebajikan membuat aktiviti pada hujung minggu, mereka tidak akan menyertainya.
Sesetengah baadan kebajikan gagal mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai. Selain itu, promosi sesuatu tidak dijalankan secara meluas. Akibatnya, tidak banyak orang mengetahui kegiatan itu. Sesetengah badan kebajikan melakukan kegiatan yang sama, iaitu mengadakan aktiviti sacara gotong-royong atau mendermakan darah. Tidak banyak orang yang suka memberikan sumbangan tenaga untuk membersihkan kawasan atau memberikan sumbangan darah. Namun begitu, jika badan kebajikan dapat mengadakan aktiviti yang lebih menyeronokkan, umpamanya sukaneka atau hari keluarga di sesebuah taman perumahan, penyertaan daripada anggota masyarakat lebih menggalakan. Dalam aktiviti seperti itulah kutipan derma dapat dilaksamanakan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, misalnya anak-anak yatim atau orang tua-tua.
Satu faktor lagi yang menyebabkan orang enggan melibatkan dalam kegiatan kebajikan ialah mereka beranggapan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Dengan tanggapan begitu yang tersemat di jiwa, mereka tidak akan menyertai mana-mana badan kebajikan kerana mereka tidak memerlukan bantuan daripada badan-badan tersebut. Misalnya, mereka enggan menyertai kegiatan Rukun Tetangga kerana mereka mampu menyediakan pengawal untuk menjaga keselamatan mereka dan kaum keluarga mereka.
Sebagai kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini sewajarnya membentuk satu permuafakatan untuk merancang kegiatan yang lebih terancang dan mampu menarik orang ramai untuk menyertainya. Dengan adanya permuafakatan itu, mereka boleh memohon kepada pihak kerajaan supaya memberi sumbangan wang bagi menggerakkan aktiviti mereka secara lebih aktif dan berkesan.
Pergaulan Bebas
Pergaulan bebas di kalangan remaja semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat. Isu ini sering menghiasi dada akhbar. Fenomena yang sudah lama bersarang dalam kehidupan masyarakat ini dapat memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh dan membimbing generasi hari ini. Seandainya langkah-langkah yang efektif tidak diambil, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia mencapai hasrat Wawasan 2020.
Pada zaman yang serba canggih, banyak kemudahan yang membantu remaja mencari kenalan. Antaranya ialah internet yang memudahkan remaja mencari kenalan melalui e-mail, ruangan sembang(chat room) dan sebagainya. Fenomina ini lebih berbahaya kerana remaja tidak mengenali identity sebenar rakan maya itu. Kebarangkalian untuk remaja terjebak ke dalam kancah pergaulan bebas adalah lebih tinggi.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas ialah taraf hidup yang tinggi. Keadaan ini membolehkan remaja membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan hiburan seperti menonton wayang, mengunjungi kafe siber, menghabiskan masa di pusat permainan video dan pusat membeli-belah.
Selain itu, sikap ibu bapa yang terlalu liberal juga mendorong pergaulan bebas di kalangan remaja. Terdapat ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka keluar rumah hingga larut malam dan sesetengahnya pula tidak ambil peduli aktiviti yang dilakukan oleh anaknya di luar rumah.
Bagi membendung masalah ini, kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kehidupan ikan di laut, walaupun hidup dalam air masin namun dagingnya tetap tawar. Maksudnya, jika para remaja ini dibekalkan dengan pengetahuan agama yang secukupnya, mereka mampu mengawal diri daripada terjebak dalam masalh sosial walau mereka berada. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang proaktif dan menjadikan agama itu sebagai ‘Way of Life’.
Penguatkuasaan undang-undang di tempat-tempat awam oleh pihak berkuasa secara konsisten mampu memberi kesedaran kepada remaja agar menjaga tatasusila dalam pergaulan mereka untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kes cabul dan rogol.
Kesimpulannya, remaja merupakan teras kepada pembangunan negara pada masa depan. Oleh itu, masalah pergaulan bebas ini patut ditangani bagi memastikan golongan ini hidup di landasan yang betul.
Penderaan Kanak-kanak
Berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak kerap kita baca atau tonton melalui media massa. Golongan yang kerap melakukan penderaan ini ialah ibu bapa kandung, saudara, jiran dan adik-beradik.
Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca penderaan. Antara ialah pasangan yang baru berkahwin tidak bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Akibatnya, anak-anak didera kerana kehadiran mereka dianggap sebagai beban mereka.
Selain itu, perselisihan faham antara suami isteri menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Anak-anak akan terabai, seterusnya didera kerana dianggap punca masalah keluarga.
Tekanan hidup sama ada disebabkan masalah di tempet kerja atau masalah kewangan menyebabkan ibu bapa atau penjaga mudah hilang sabar. Kesannya, mereka melepaskan geram dengan mendera kanak-kanak.
Antara langkah untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ialah kerajaan harus menggalakkan pasangan yang bersedia berkahwin itu mengambil bahagian dalam khusus perkahwinan. Khusus tersebut diterangkan oleh pekerja pihak kebajikan tentang masalah yang akan dihadapi oleh sepasang suami isteri selepas kahwin serta cara yang dicadang untuk menyelesaikan masalah-masalah.Kerajaan juga harus mengadakan kempen antipenderaan dan kempen penyayang. Selain itu, mengenakan hukuman berat seperti dipenjara atau merotan terhadap sesiapa yang didapati mendera kanak-kanak. Masyarakat perlu bersikap prihatin, iaitu melaporkan kes penderaan yang berlaku kepada pihak berkuasa.
Rumusannya, anak-anak merupakan anugerah Tuhan. Justeru, masyarakat tidak wajar melakukan penderaan terhadap kanak-kanak demi melahirkan masyarakat yang penyayang.
Usaha-usaha Membendung
Masalah Pengangguran
Pengangguran memberi maksud individu yang tidak mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan tetap. Secara tepat, mereka yang cuba mencari pekerjaan cecara aktif tetapi gagal dianggap sebagai pengangguran. “Kadar pengangguran” pula ialah jumlah penganggur dibahagi dengan jumlah tenaga kerja, sama ada menganggur ataupun tidak. Kita akui,mereka yang menganggur ini, sama ada lepasan SPM ataupun memilih ijazahdaripada pusat pengajian tinggi akan menimbulkan masalah kepada negara. Jika tidak mempunyai pekerjaan, bagaimana mahu membantu diri sendiri dan keluarga? Lalu, kita boleh mentafsirkan bahawa orang yang tidak mempunyai pekerjaan, sudah pasti diri akan berasa hina. Hina kepada diri sendiri dan hina kepada masyarakat.
Bagi mengatasi masalah pengangguran ini, kita jangan bersikap memilih pekerjaan. Walaupun kita mempunyai ijazah, janganlah mengharapkan pekerjaan di bilik hawa dingin. Untuk meneruskan kelangsungan hidup, rebut dahulu pekerjaan yang ada, walaupun terpaksa bekerja sebagai buruh kasar. Sekiranya tidak memperoleh pekerjaan kerana kurangnya kemahiran, tambahkan ilmu di dada. Kini banyak pusat latihan yang boleh diperoleh secara percuma. Dengan kemahiran penuh di dada, banyak pekerjaan yang boleh kita pohon. Selain itu, tambahkan kemahiran berbahasa. Banyak syarikat menghendaki pekerja mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, selain bahasa ibunda. Sekiranya itu sudah menjadi syarat yang ditetapkan oleh majikan, jangan kita salahkan sesiapa, sebaliknya kita sahut cabaran dengan mendalami bahasa-bahasa asing.
Ibu bapa juga berperanan penting untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pekerjaan. Sebagai orang tua, sewajarnya menunjuk arah akan kerja anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah memikirkan kursus yang bakal diikuti oleh anak sebelum melangkah ke pusat pengajian tinggi menjamin peluang pekerjaan. Pada waktu yang sama, ibu bapa janganlah mengharapkan anak memperoleh pekerjaan seperti yang dimimpikan. Cara paling sesuai ialah, biarlah anak menentukan masa depan mereka sendiri.Ibu bapa juga janganlah mengharapkan kerjaya anak mereka lebih baik dengan pekerjaan yang disandang sekarang. Janganlah berasa rendah diri sekiranya anak mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji rendah dan kurang berprestij. Apa-apa juga pekerjaan yang dilakukan oleh anak mereka perlu diterima dengan rasa syukur, sebab anak-anak mencari rezeki yang halal, tidak menyalahi hokum agama dan undang-undang negara.
Sekolah merupakan tempat awal kita sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Oleh itu, guru berperanan penting mendidik pelajar menjadi modal insan yang sempurna. Apabila modal insan yang dijana menjadi kenyataan, sudah pasti para pelajar yang keluar dari bangku sekolah akan mampu mencipta pekerjaan yang diingini. Malahan, guru juga perlu menekankan akan pentingnya berdisiplin apabila menamatkan alam persekolahan. Dengan disiplin yang menebal di jiwa, sudah tentu majikan akan mengal-alukan remaja seperti itu bekerja di syarikat mereka.
Kerajaan juga berperanan mewujudkan keamanan negara untuk memastikan para pelabur mahu menanam modal di Malaysia. Apabila banyak pelabur menanam modal di Malaysia, ekonomi akan berkembang dan sudah tentulah peluang pekerjaan akan bertambah masalah pengangguran pun dapat dikurangkan. Pada waktu yang sama, Kementerian Sumber Manusia perlu menyekat hasrat syarikat di Malaysia untuk mengambil pekerja asing bekerja di Malaysia yang telah mengancam peluang remaja bekerja di sektor perkilangan dan perladangan. Kita tidak mahu dikatakan kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Pada waktu yang sama, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menekankan kepada pengajian tinggi agar menawarkan kursus yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja. Walaupun kita akui peranan university dapat mencambahkan minda, namun semuanya tidak membawa sebarang erti sekiranya graduan yang dihasilkan tidak mampu melangkah ke alam pekerjaan. Kita juga mengharapkan universiti dapat mendidik mahasiswa untuk menerokai pekerjaan apabila memiliki ijazah, bukan sekadar mengharapkan pekerjaan menanti kedatangan mereka.
Sesungguhnya, masalah pengangguran walaupun tidak boleh diatasi 100 peratus, namun kadar pengangguran boleh dikurangkan dari semasa ke semasa. Semuanya berkait dengan peranan individu, keluarga, masyarakat, sekolah, kerajaan, dan negara-negara luar. Dalam sesebuah negara yang maju tidak patut wujud keadaan satu golongan lagi tercicir.Pengangguran akan mewujudkan ketidaksaksamaan kekayaan dan cara hidup masyarakat yang boleh mencetuskan masalah social. Bagi yang sudah bekerjalah bersungguh-sungguh, bukan sekadar bekerja untuk memperoleh gaji.

Punca-punca Mat Rempit Bertindak Liar & Tindakan untuk Mengatasi Masalah Itu

Punca-punca Mat Rempit Bertindak Liar &
Tindakan untuk Mengatasi Masalah Itu
Di kawasan bandar terdapat banyak aktiviti mat rempit diadakan pada zaman ini. Tiap-tiap malam, pelumba-pelumba motosikal haram akan mengganggu penduduk yang berhampiran berehat. Pelumba-pelumba sering melanggar undang-undang jalan raya dan bersikap panas barah semasa di jalan raya. Demi mengejar kesenorokan, remaja sanggup berasa amat bangga apabila menang dalam pertandingan berlumba motosikal haram yang disaksi oleh ahli mereka dan ramai penonton. Tetapi, keselamatan pengguna jalan raya seperti telur di hujung tanduk.
Ramai remaja ini yang bertindak begitu disebabkan mereka tidak diberi perhatian oleh ibu bapa sejak kecil. Ibu bapa mereka sering sibuk dengan kerja sendiri dan mengetepikan anak mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak mengetahui anak mereka berkawan dengan siapa dan perbuatannya di luar rumah.
Sebab kedua, remaja memilih rakan sebaya yang mempuyai kecenderungan yang sama. Sebahagian daripada rakan sebaya itu adalah tali barut dari tauke bengkel. Tauke bengkel buat demikian kerana hendak mendapat lebih perniagaan yang mengubah suai motor.
Setakat ini, pihak polis telah berusaha mengurangkan aktiviti mat rempit dan kerajaan banyak kali menasihati pelumba-pelumba motosikal haram, tetapi mereka ibarat mencurah air di dalam daun keladi langsung tidak mendengar nasihat pihak kerajaan. Saya berasa hukuman sekarang terhadap pelumba haram tersebut terlalu ringan. Jikalau mengambil hukuman yang lebih berat akan mengatasi masalah mat rempit dengan lebih berkesan.
Kesimpulannya, remaja perlu menghargai nyawa mereka dan mengelakkan menyertai aktiviti mat rempit. Kembalikan aman dan damai kepada siasal ini. Di kawasan bandar terdapat banyak aktiviti mat rempit diadakan pada zaman ini. Tiap-tiap malam, pelumba-pelumba motosikal haram akan mengganggu penduduk yang berhampiran berehat. Pelumba-pelumba sering melanggar undang-undang jalan raya dan bersikap panas barah semasa di jalan raya. Demi mengejar kesenorokan, remaja sanggup berasa amat bangga apabila menang dalam pertandingan berlumba motosikal haram yang disaksi oleh ahli mereka dan ramai penonton. Tetapi, keselamatan pengguna jalan raya seperti telur di hujung tanduk.
Ramai remaja ini yang bertindak begitu disebabkan mereka tidak diberi perhatian oleh ibu bapa sejak kecil. Ibu bapa mereka sering sibuk dengan kerja sendiri dan mengetepikan anak mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak mengetahui anak mereka berkawan dengan siapa dan perbuatannya di luar rumah.
Sebab kedua, remaja memilih rakan sebaya yang mempuyai kecenderungan yang sama. Sebahagian daripada rakan sebaya itu adalah tali barut dari tauke bengkel. Tauke bengkel buat demikian kerana hendak mendapat lebih perniagaan yang mengubah suai motor.
Setakat ini, pihak polis telah berusaha mengurangkan aktiviti mat rempit dan kerajaan banyak kali menasihati pelumba-pelumba motosikal haram, tetapi mereka ibarat mencurah air di dalam daun keladi langsung tidak mendengar nasihat pihak kerajaan. Saya berasa hukuman sekarang terhadap pelumba haram tersebut terlalu ringan. Jikalau mengambil hukuman yang lebih berat akan mengatasi masalah mat rempit dengan lebih berkesan.
Kesimpulannya, remaja perlu menghargai nyawa mereka dan mengelakkan menyertai aktiviti mat rempit. Kembalikan aman dan damai kepada siasal ini.
Di kawasan bandar terdapat banyak aktiviti mat rempit diadakan pada zaman ini. Tiap-tiap malam, pelumba-pelumba motosikal haram akan mengganggu penduduk yang berhampiran berehat. Pelumba-pelumba sering melanggar undang-undang jalan raya dan bersikap panas barah semasa di jalan raya. Demi mengejar kesenorokan, remaja sanggup berasa amat bangga apabila menang dalam pertandingan berlumba motosikal haram yang disaksi oleh ahli mereka dan ramai penonton. Tetapi, keselamatan pengguna jalan raya seperti telur di hujung tanduk.
Ramai remaja ini yang bertindak begitu disebabkan mereka tidak diberi perhatian oleh ibu bapa sejak kecil. Ibu bapa mereka sering sibuk dengan kerja sendiri dan mengetepikan anak mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak mengetahui anak mereka berkawan dengan siapa dan perbuatannya di luar rumah.
Sebab kedua, remaja memilih rakan sebaya yang mempuyai kecenderungan yang sama. Sebahagian daripada rakan sebaya itu adalah tali barut dari tauke bengkel. Tauke bengkel buat demikian kerana hendak mendapat lebih perniagaan yang mengubah suai motor.
Setakat ini, pihak polis telah berusaha mengurangkan aktiviti mat rempit dan kerajaan banyak kali menasihati pelumba-pelumba motosikal haram, tetapi mereka ibarat mencurah air di dalam daun keladi langsung tidak mendengar nasihat pihak kerajaan. Saya berasa hukuman sekarang terhadap pelumba haram tersebut terlalu ringan. Jikalau mengambil hukuman yang lebih berat akan mengatasi masalah mat rempit dengan lebih berkesan.
Kesimpulannya, remaja perlu menghargai nyawa mereka dan mengelakkan menyertai aktiviti mat rempit. Kembalikan aman dan damai kepada siasal ini.

Cara-cara Remaja untuk Mengisi Masa Lapang

Berdasarkan kata Orison Swett, setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang datang membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu tidak kita terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Oleh itu, remaja perlu melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang.
Contoh aktiviti yang bermanfaat ialah gotong-royong di sekolah bersama-sama dengan guru-guru dan rakan sekolah atau di kawasan perumahan dengan jiran yang berdekatan. Melalui aktiviti tersebut, ia akan merapatkan hubungan antara satu sama lain dan dapat mengindahkan alam sekitar.
Menyertai aktiviti kokurikulum seperti kawat kaki boleh memupuk sikap yang berdisiplin sifat kepimpinan. Ia juga boleh menambah markah kokurikulum yang membantu kita meneruskan pelajaran ke universiti kelak.
Selain itu, membuat senaman atau senam robik dengan beramai-ramai rakan atau jiran. Kita juga boleh mengenal kawan yang baru kerana selalu berjumpa dengan satu sama lain. Tidak peduli bersenam di mana ataupun membuat apa aktiviti senaman, terpentingnya kita ada membuat senaman.
Perbincangan serta berkumpulan dengan kawan-kawan baik akan mengecepatkan proses belajar dan meningkatkan hasil dalam belajar. Jika menghadapi sebarang pertanyaan dalam kerja rumah, kita boleh membincang bersama-sama kumpulan dan cari jawapan soalan itu. Tidak perlu berasa segan untuk bertanya kawan atau garu kerana ‘Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut’.
Pendek kata, aktiviti beriadah mempunyai banyak manfaatnya dan patut dijadikan amalan. Oleh itu, remaja boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah untuk mengelakkan diri daripada aktiviti jenayah.

Thursday, September 3, 2009

kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga binatang ternakan di ladang yang luas.Sebaliknya,lebih daripada itu,menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan sendirian.Namun begitu,manusia tidak menjalankan tanggungjawab mereka.Oleh itu,pelbagai isu alam sekitar telah muncul. Isu-isu ini termasuklah pencemaran udara,air,tanih dan sebagainya.

Pencemaran udara menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit lelah, kanser, sakit jantung dan lain-lain. Penyakit-penyakit ini membawa ketidakselesaan kepada manusia dan seterusnya menjejaskan aktiviti harian kita. Selain itu, jerebu yang juga merupakan pencemaran udara menjejaskan penglihatan kita.

Pencemaran tanih menyebabkan hakisan tanih. Kesuburan tanah juga akan terjejas akibat penggunaan baja kimia. Seterusnya menjejaskan hasil pertanian. Secara tidak langsung, pencemaran tanih akan mengganggu keseimbangan sistem ekologi.

Pencemaran air seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai boleh mengancam nyawa kehidupan akuatik. Semua kehidupan akan hilang punca mendapatkan air minuman yang bersih. Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi kotor dan busuk. Akibatnya, penyakit seperti demam kepialu dan taun yang merebak melalui air yang tercemar digalakkan.

Kesimpulannya, kita haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar berlaku lagi.