Friday, September 25, 2009

Penderaan Kanak-kanak
Berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak kerap kita baca atau tonton melalui media massa. Golongan yang kerap melakukan penderaan ini ialah ibu bapa kandung, saudara, jiran dan adik-beradik.
Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca penderaan. Antara ialah pasangan yang baru berkahwin tidak bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Akibatnya, anak-anak didera kerana kehadiran mereka dianggap sebagai beban mereka.
Selain itu, perselisihan faham antara suami isteri menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Anak-anak akan terabai, seterusnya didera kerana dianggap punca masalah keluarga.
Tekanan hidup sama ada disebabkan masalah di tempet kerja atau masalah kewangan menyebabkan ibu bapa atau penjaga mudah hilang sabar. Kesannya, mereka melepaskan geram dengan mendera kanak-kanak.
Antara langkah untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ialah kerajaan harus menggalakkan pasangan yang bersedia berkahwin itu mengambil bahagian dalam khusus perkahwinan. Khusus tersebut diterangkan oleh pekerja pihak kebajikan tentang masalah yang akan dihadapi oleh sepasang suami isteri selepas kahwin serta cara yang dicadang untuk menyelesaikan masalah-masalah.Kerajaan juga harus mengadakan kempen antipenderaan dan kempen penyayang. Selain itu, mengenakan hukuman berat seperti dipenjara atau merotan terhadap sesiapa yang didapati mendera kanak-kanak. Masyarakat perlu bersikap prihatin, iaitu melaporkan kes penderaan yang berlaku kepada pihak berkuasa.
Rumusannya, anak-anak merupakan anugerah Tuhan. Justeru, masyarakat tidak wajar melakukan penderaan terhadap kanak-kanak demi melahirkan masyarakat yang penyayang.

No comments:

Post a Comment